Friday, April 4, 2014

RAGAM

Dah lama aku menantikan saat ni ... saat cuti sem ... saat aku nak melepaskan segala - galanya.. rasa rindu , rasa pelik , rasa penat , dan rasa. bla..... bla.. bla .. malas aku nak membebel kat sini ...

Entri kali aku nak berkongsi sedikit  pasal " manusia" dan " perangai "  ,, ermm tak bermakna kat sini aku nak puji diri aku tapi aku akan jadi nukilan ini sebagai sebuah refleksi untuk diri aku sendiri ... Hari ni aku cakap bersandarkan fakta dan pegalaman bukannya auta semata mata ... Pelik bin hairan sungguh aku dengan manusia ... kekadang tu saya geram pun ...

Sebagai insan biasa kat muka bumi ciptaan Allah aku rasa tak perlu untuk kita bermasam muka atas perkara remeh temeh dan aku rasa tak perlu membalas dengan  sifat yang penuh kekurang ajar tuh .. Hello awak semua kat luar sana tu ingat tau jangan berlagak sebab kita ni Khalifah sementara di dunia .. hanya bila bila masa je ALLAH boleh menjemput kita .. Please Remember this .. ok .

Sebagai manusia janganlah kita mengungkit apa yang telah kita lakukan aipatah lagi membalasnya terhadap seseorang tetapi biarlah perbuatan itu dilakukan dengan ikhlas supaya mendapat Redho Allah ... kekadang tanpa kita perasan kita telah pun melukai hati orang lain mungkin bukan dengan perkataan atau perbuatan tetapi dengan berdiam diri itu pun dah memadai untuk membuat orang lain terluka apatah lagi apabila orang yang kita sakiti hatinya ialah orang yang lebih tua dari umur kita ...

Usahlah perkara remeh temeh dijadikan sebesar lautan Hindi .. x jadi kudis pun kalu kita terus terang... x rugi sesen pown keluar air liur tuh pon....Ini tidak berdiam diri bagaikan patung cendana .. eahh tidak ohh pun tidak walaupun ditanya dan diajak sembang ... kalau anda berbuat begini pada orang tua anda pasti mereka terluka .. beginilah yg terjadi dalam situasi Insan A hanya kerana perlu memenuhi tuntutan kerja demi mencari sesuap nasi  dan terpaksa melupakan kenduri kecil  Insan B .. Bukan Insan A sengaja untuk tak hadir dan menyinggung  perasaan Insan B tetapi   keadaan yang tidak mengizinkan . Tapi Insan B ni  tidak pernah memahami keadaan Insan A sehingga tak ingin nak bertegur lagi .. Tapi kalu insan B  ni kenangkan semula apa yang dilakukan oleh Si A pasti yang tak terkira dek jari jemari ni ...  bukan untuk mengungkit tapi  apalah salahnyer memaafkan orang lain jangan lah samapai berdendam sehingga hari ini...

...Andai kalian mengetahui memaafkan orang lain adalah satu perkara yang mulia malah menyucikan hati pasti anda akan lakukan .. janganlah jadikan diri sebagai manusia yang berdendam sebab ianya akan membusukkan dan menggelapkan nuraini kita .. fikirkan lah kawan kawan ...

Saturday, March 29, 2014

"TAJAAN "

Tajaan ... kenapa Tajaan ? Ermm kali ni  aku nak share ngan  semua orang pasal tajaan .. sebab ni pengalaman pertama aku sebagai mahasiswi yang aku pun belum pernah buat sebelum  ni .. tapi semuanya dah berubah bila aku pikul tanggungjawab dalam mencari sebuah tajaan untuk sebuah rumah anak yatim n ibu tunggal ni ....

uishhh sapa kata senang nak cari tajaan ni .. susah  ok!! tapi semuanya jadi senang bila kita ikhlaskan hati untuk mereka semua.. tak semua manusia kat muka bumi ni suka bersedekah atau dengan erti kata lain suka beramal jariah ...

Meminta tajaan dari syarikat or orang besar terlalu banyak protokol dan karenah birokrasi dalam segala hal walaupun hakikatnya kami mengetahui segala proses yang dilakukan adalah normal tetapi bukankah tajaan @ sumbangan  adalah satu tapak untuk mereka maju kehadapan sebab ini kan merupakan tanggungjawab sosial mereka ....

berdiri meminta sumbangan ... that is my last choice ..........

kalau korang nak tahu hari pertama aku menjejakkan kaki aku di sebuah tempat (rahsia)  untuk minta sumbangan ikhlas .. Tuhan je yang tahu bertapa terbebannya hati ini untuk menadah muka meminta sumbangan .. sebab apa...sebab segelintir masyarakat hari ini hanya memandang serong dengan perbuatan kami .. ada yang menyatakan kami meminta sumbangan untuk keperluan diri kami , ada yang mengatakan kami tak patut untuk lakukan ni semua n ada pula yang sanggup mengadu pada pihak berkuasa yang kami buat kerja x elok ... Hellooo aku minta sumbangan ini  bukan untuk aku tapi untuk mereka .. ada korang tolong n satu lagi aku berdiri kat tengah panas tu pegang surat kelulusan rasmi ok .. so tak perlulah nak banyak mulut .. kalau kalian fikir kalian nak menyumbangan just tangan  je yang melakukannya bukan mulut or gelagat fizikal anda yang cute tu ok ...

tapi minggu demi minggu aku rasa relax n semangat sebab Tuhan lorongkan jalan .. kan aku buat kerja mulia .. nak tolong orang lain sebab tu lah Allah mudahkan jalan aku n kengkawan .. ermmm tak senang nak jadi senang ... tak susah nak jadi susah ....

Syukur Alhamdullilah target aku untuk buat program bersama mereka dah pun mencukupi so aku harap mereka ni seronok sebab selama ni mereka tak pernah merasakan apa yang kalian rasakan .. aku rasa mereka ini pantas mendapatkan sama dengan kalian .. mereka juga manusia yang sama ... Just tunggu masa je program ni akan berlangsung .. semoga apa yang kami lakukan dirahmati oleh ALLAH ..

opss sebelum aku menutup entri mlam ni aku nak nak kalian celik mata about this .. renung  - renungkan

13 Anugerah yang ALLAH berikan kepada Hambanya yang suka bersedekah ... :)
1-  Para Malaikat sentiasa berdoa supaya ditambahkan rezeki kepada pemberi sedekah.
2- Merupakan kemenangan ke atas syaitan.
3- Memadam kemurkaan Allah SWT.
4- Merupakan rawatan atau penyembuh kepada segala penyakit.
5- Mengawal kehormatan dan maruah.
6- Memperbaiki amalan anda sebelum mati.
7- Pelindung kepada api neraka.
8- Menempah tempat dibawah Bayangan Allah SWT.
9- Memberi keberkatan kepada pemilik harta.
10- Melembutkan hati yang keras.
11- Menyamankan kediaman dalam kubur dan memadam api dalam kubur.
12- Menghapuskan segala kesalahan  menghapuskan segala dosa.
13- Menolak bala dan melindungi pemberi sedekah serta ahli keluarga daripada ditimpa bala bencana.


#musabahdiri
#bukanyangterbaiktapiinginmenjadiyangterbaik
#memberilebihbaikdarimenerima
#semogahiduplebihindahdenganamaljariah 

HOPE FOR THE MIRACLE

Jiwa ini takkan pernah untuk berhenti berharap akan sebuah keajaiban terjadi dek kerana sayu hati melihat air mata yang berguguran ... bukan seorang tapi ratusan ... Tak seorang yang tahu ... kemana menghilang MH370 ........... tapi bila dikenang semula setiap peristiwa ini aku mula mengingati Illahi akan segala ketentuan dan Rahsia yang Maha Hebat ...

Kelu lidah untuk mengatakannya tapi apa yang mampu aku n lini  ialah sentiasa mengharap keajaiban berlaku ... mengharap kebaikan dan kesudahan yang indah.. Jika jiwa terseksa dengan raut wajah keluarga mangsa  inikan pula hati yang terbeban melihat spekulasi demi spekulasi yang semakin hari rancak di media elektronik ... betul atau tidak aku tak pasti... Allahu'alam ........

Mana perginya dia "MH370" itulah ayat yang menjadi sarang dalam benak fikiran dan hati ini...  Jika Redha dan keikhlasan diperlukan disini aku mengerti ... ramai mengikhlaskannya tapi mereka masih mengharap akan keajaiban ... same goes to me ............. Hanya doa dan  amalan yang mampu dipanjatkan kepada Illahi hanya kerana dia mampu mendengar rintihan hamba sekalian alam nya ... so as a muslim jangan pernah untuk kita berhenti berdoa sebab doa senjata mukmin ...    Allah tu Maha Besar .....mencipta alam ..........sesungguhnya Dia lebih mengetahui segala - galanya ...

#hopeformiracle 
#janganberhentiberdoa
#doasenjatamukmin

Tuesday, March 25, 2014

"THE MOST HORRIBLE WEEK"

Haishhh...lama lah pulak rasa tak post daalm blog nie..hmm,sebenarnya aku nak share korang satu cerita..ni bukan pasal MH370 yang dah berakhir di lautan hindi tapi pasal aku.

Waaaaa...nak nangis sebenarnya..minggu nie pelbagai penyakit aku dapat..bermula ngan migraine...ya allah,sumpah dah lama aku tak kena penyakit ni..sakit tak terkata...Hahaa..nasib baik lah benda nie jadi lepas aku jawab test bi..alhamdullillah,the test goes well...full mark ke...i.allh..huhuhu..

Haa,malam tu aku boleh buat kerja gila ajak roomate aku  pg mid valley..mesti korang ingat kitorang pg shopping kn?

salah..kitorang pg sebab nie...



lepas tu malam tu ,tiba-tiba migraine datang..sakit gila..time nie lah rasa macam nyawa di hujung tanduk...teruknya..hari nie pun aku blh hentam pakai koyup pg kelas...wahaa..macam kelakar je...tapi lantak lah kan..janji aku blh pg klas....so,nak nshtkan kat sini korang semua jagalah kesihtan korang..sebab sekarang nie musim demamm....

nanti jadi macam aku...nasib roomate aku blh tahan nagn aku..waa,klau tak menangus sensorang..sedihnya..time ni lah rasa nak balik kampung...#aku anak klate

wasssalm..
#kawan aku cakap sakit penghapus dosa#thanks ayumi

Monday, March 10, 2014

#Pray For MH370

dah seminggu aku tak jengah blog ni ... rasa rindu aku nak  menulis nak share ngan uolls la ... Pejam celik dah seminggu so banyaklah cerita yang ada diruang minda aku untuk aku coretkan tapi lupakan sekejap  bab ni sebab ada benda lagi penting untuk aku ceritakan ...

Assalamualaikum guys

 Mungkin  sejak beberapa hari ni rakyat malaysia dan luar negara di selubungi dengan kesedihan dan kepiluan atas kehilangan pesawat MH370 secara tiba tiba tanpa khabar berita ..... SubhanaALLAH .....
jadi sebagai rakyat malaysia aku harap sangat korang dapat  mendoakan yang terbaik supaya segala -galanya berjalan dengan lancar dan apa yang penting janganlah korang meletakkan spekulasi yang merapu ---rapu sebab..... ianya akan menggangu emosi dan perjalan kehidupan keluarga mereka ini  yang sentiasa mengharapkan keajaiban akan menanti mereka ..

Dan mereka sangat menghargai korang kalau korang dapat berdoa atas kesejahteraan dan keselamatan diri mereka yang terlibat .. kita hanya manusia biasa yang mampu merancang tetapi takdir ILLAHI lebih Maha Hebat dalam melaksanakannya ...  #berdoa lebih baik daripada menokok nambah cerita . Mungkin semua  ini mempunyai makna yang tersirat

 Ya Allah .. aku memohon dari mu berikanlah petunjuk keberadaan pesawat itu andai ianya berada di lautanmu bongkarkan lah ia ..andai ianya berada diatas naungan langitmu berikan isyarat pada hamba hamba mu ini dan andai kata ia berada di mana sahaja aku memohon pada mu Ya Rabbi supaya Kau berikanlah perlindungan dan  kesejahteraan kepada mereka .. Ya Allah Ya Rahman kau berikan lah jua ketenangan hati dan jiwa kepada ahli keluarga mangsa .. Amin  Ya Rabbal A`lamin.........





#solathajat
#prayforMH370
#pleaseComeBack
#HopeForTheMiracle

Saturday, March 1, 2014

Mutiara Kata Di Malam Hari :)

Selamat malam Malaysia ...... heheheh

Entri kali aku nak berkongsi sedikit mutiara kata yang mungkin dapat membantu anda semua  untuk lebih bersemangat ... bertenaga ... dan sentiasa ceria di awal pagi .........hurmmmmmm.........

Kenapa aku post tajuk ni ......sebab............ aku perasan ramai sangat insan kat muka bumi ni sentiasa mengeluh dengan apa yang berlaku  .. kadang kadang tanpa kita sedari di awal pagi kita dah pun mengeluh panjang ... memaki hamun .. perasan tak .. kalau tak perasan tu maknanya kita bukan manusia yang mengenal diri kita sendiri atau dengan kata lain hipokrit dengan diri sendiri sebab nak menutup keburukan yang tak dapat disorokkan lagi .. :( 

Pernah kalian muhasabah diri sebelum tidur .. atau... memaafkan semua orang yang pernah lakukan kesalahan secara sengaja ataupun tidak  sebelum tidur... fikir-fikirkan lah ............inilah. kata- kata yang diajari oleh  mama aku yang aku pegang sampai sekarang  .. kenapa aku pegang ... sebab..... bila kita lakukan perkara ni jiwa dan hati kita jadi tenang dan sentiasa bersih dari tompokon hitam yang boleh membuatkan jiwa kita menjadi gelap  dan hitam ... tak percaya kalian boleh buat......
 
MUTIARA KATA .............yang mungkin kalian boleh petik dan sematkan dalam sanubari kalian dan menjadi pendorong perjalanan hidup anda 
  • "Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh."
  •  "Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."
  •  "Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan."
  •  "Kegembiraan ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda."
  •  "Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."
  •  "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
  •  "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
  •  "Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
  •  "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
  • "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan."
  • "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
  •  "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
  • "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
  • "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguas

#keep smile
#selamat muhasabah diri 
#selamat menjalani kehidupan yang diredhoi ALLAH



Saturday, February 22, 2014

DIA YANG MAHA MENGETAHUI PECATURAN HIDUP INSAN YANG BERGELAR MANUSIA :)

Pernah dengar tak pepatah melayu berkata " sudah jatuh timpa tangga pula "  hurrmm tu lah yang terjadi dekat aku ... tapi aku merasakan bukan ditimpa tangga tetapi bagaikan ditimpa KLCC ... :(
satu demi satu datang menimpa dengan sekelip mata dalam  satu helaan nafas... it's okay dugaan " Allah akan menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya ".....

Mana lah aku tak merungut dan membebel dekat romate aku ...muka bebaii...........perjalanan pulang dari utara menuju ke KL dengan menaiki Keretapi yang luar biasa lamanya aku tempuhi dek kerana kerosakan yang tak pasti puncanya ... asyik berhenti je...ditambah lagi tanpa sebarang pengumuman .........dah la perut tengah bergendang sakan ... dugaan kecil je tu " terdengar suara kecil dari sebuah pintu hati telah melenyapkan semula fikiran aku yang tengah memikirkan perjalanan seharian suntuk .. argghhhh bilalah aku nak sampai ...

Yeay .. Alhamdullilah aku dah sampai pun ..dari matahari terbit aku keluar rumah sampai terbenam baru aku sampai KL ...Roomate yang tunggu aku berjam jam pun dah lama menghabiskan  novel yang dibaca apatah lagi makanan yang dipesan nyer ..licin ...aikk dia pun lapar ke ... Dek kerana kelewatan aku sampai maka aku didenda olehnya.... aku kena belanja REd VelVet seCret Recipe ... Ohhh Noo.....tapi apa nak buat dah salah ... terpaksalah hahaha ... untunglah Roomate kenyang makan kek yer   :)

Sesampai je kat hostel apa lagi ...... Laptop > Facebook > E-mail .............tup tup laptop tak leh bukak ... hukhukhuk sedihnyer masa tu rasa nak nangis jer mengenang semua yang berlaku di awal permulaan semester .. mujurlahh esok kelas tak sampai kepetang so apa lagi... ku heret roomate aku aka sahabat aku tu pergi plaza LowYat... ermm nama pun naik plaza laptop maknanyer akan aku laburkan duit disitu lah ... laptop ni  penting  sangat bagi aku dah macam buah hati pengarang jantung aku walaupun dah usang  .. semua ada dalam ...  sebab laptop ni jugak la peneman assigment aku .... kalau x .... habis aku kali ni !!!

bila time daftar subjek semua penuh .. clash jadual la .. exam la ... entah la tak tahu nak buat apa tapi yang penting selagi aku fikir +ve maka +ve lah hidup aku n berpegang pada prinsip setiap kesusahan yang ALLAH S.W.T berikan pasti ada jalan penyelesaian dan hikmahnya  kan ....

Dugaan bukan Beban tapi anugerah pada hamba nyer untuk selesaikan ... Betul Tak ..sebab DIA MAHA MENGETAHUI :


Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa) : Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami ; ampunilah kami ; dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (al-Baqarah 286)