Saturday, February 22, 2014

DIA YANG MAHA MENGETAHUI PECATURAN HIDUP INSAN YANG BERGELAR MANUSIA :)

Pernah dengar tak pepatah melayu berkata " sudah jatuh timpa tangga pula "  hurrmm tu lah yang terjadi dekat aku ... tapi aku merasakan bukan ditimpa tangga tetapi bagaikan ditimpa KLCC ... :(
satu demi satu datang menimpa dengan sekelip mata dalam  satu helaan nafas... it's okay dugaan " Allah akan menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya ".....

Mana lah aku tak merungut dan membebel dekat romate aku ...muka bebaii...........perjalanan pulang dari utara menuju ke KL dengan menaiki Keretapi yang luar biasa lamanya aku tempuhi dek kerana kerosakan yang tak pasti puncanya ... asyik berhenti je...ditambah lagi tanpa sebarang pengumuman .........dah la perut tengah bergendang sakan ... dugaan kecil je tu " terdengar suara kecil dari sebuah pintu hati telah melenyapkan semula fikiran aku yang tengah memikirkan perjalanan seharian suntuk .. argghhhh bilalah aku nak sampai ...

Yeay .. Alhamdullilah aku dah sampai pun ..dari matahari terbit aku keluar rumah sampai terbenam baru aku sampai KL ...Roomate yang tunggu aku berjam jam pun dah lama menghabiskan  novel yang dibaca apatah lagi makanan yang dipesan nyer ..licin ...aikk dia pun lapar ke ... Dek kerana kelewatan aku sampai maka aku didenda olehnya.... aku kena belanja REd VelVet seCret Recipe ... Ohhh Noo.....tapi apa nak buat dah salah ... terpaksalah hahaha ... untunglah Roomate kenyang makan kek yer   :)

Sesampai je kat hostel apa lagi ...... Laptop > Facebook > E-mail .............tup tup laptop tak leh bukak ... hukhukhuk sedihnyer masa tu rasa nak nangis jer mengenang semua yang berlaku di awal permulaan semester .. mujurlahh esok kelas tak sampai kepetang so apa lagi... ku heret roomate aku aka sahabat aku tu pergi plaza LowYat... ermm nama pun naik plaza laptop maknanyer akan aku laburkan duit disitu lah ... laptop ni  penting  sangat bagi aku dah macam buah hati pengarang jantung aku walaupun dah usang  .. semua ada dalam ...  sebab laptop ni jugak la peneman assigment aku .... kalau x .... habis aku kali ni !!!

bila time daftar subjek semua penuh .. clash jadual la .. exam la ... entah la tak tahu nak buat apa tapi yang penting selagi aku fikir +ve maka +ve lah hidup aku n berpegang pada prinsip setiap kesusahan yang ALLAH S.W.T berikan pasti ada jalan penyelesaian dan hikmahnya  kan ....

Dugaan bukan Beban tapi anugerah pada hamba nyer untuk selesaikan ... Betul Tak ..sebab DIA MAHA MENGETAHUI :


Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa) : Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami ; ampunilah kami ; dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (al-Baqarah 286)
                                 

No comments:

Post a Comment