Saturday, March 1, 2014

Mutiara Kata Di Malam Hari :)

Selamat malam Malaysia ...... heheheh

Entri kali aku nak berkongsi sedikit mutiara kata yang mungkin dapat membantu anda semua  untuk lebih bersemangat ... bertenaga ... dan sentiasa ceria di awal pagi .........hurmmmmmm.........

Kenapa aku post tajuk ni ......sebab............ aku perasan ramai sangat insan kat muka bumi ni sentiasa mengeluh dengan apa yang berlaku  .. kadang kadang tanpa kita sedari di awal pagi kita dah pun mengeluh panjang ... memaki hamun .. perasan tak .. kalau tak perasan tu maknanya kita bukan manusia yang mengenal diri kita sendiri atau dengan kata lain hipokrit dengan diri sendiri sebab nak menutup keburukan yang tak dapat disorokkan lagi .. :( 

Pernah kalian muhasabah diri sebelum tidur .. atau... memaafkan semua orang yang pernah lakukan kesalahan secara sengaja ataupun tidak  sebelum tidur... fikir-fikirkan lah ............inilah. kata- kata yang diajari oleh  mama aku yang aku pegang sampai sekarang  .. kenapa aku pegang ... sebab..... bila kita lakukan perkara ni jiwa dan hati kita jadi tenang dan sentiasa bersih dari tompokon hitam yang boleh membuatkan jiwa kita menjadi gelap  dan hitam ... tak percaya kalian boleh buat......
 
MUTIARA KATA .............yang mungkin kalian boleh petik dan sematkan dalam sanubari kalian dan menjadi pendorong perjalanan hidup anda 
  • "Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh."
  •  "Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."
  •  "Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan."
  •  "Kegembiraan ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda."
  •  "Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."
  •  "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
  •  "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
  •  "Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
  •  "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
  • "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan."
  • "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
  •  "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
  • "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
  • "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguas

#keep smile
#selamat muhasabah diri 
#selamat menjalani kehidupan yang diredhoi ALLAH



No comments:

Post a Comment