Monday, March 10, 2014

#Pray For MH370

dah seminggu aku tak jengah blog ni ... rasa rindu aku nak  menulis nak share ngan uolls la ... Pejam celik dah seminggu so banyaklah cerita yang ada diruang minda aku untuk aku coretkan tapi lupakan sekejap  bab ni sebab ada benda lagi penting untuk aku ceritakan ...

Assalamualaikum guys

 Mungkin  sejak beberapa hari ni rakyat malaysia dan luar negara di selubungi dengan kesedihan dan kepiluan atas kehilangan pesawat MH370 secara tiba tiba tanpa khabar berita ..... SubhanaALLAH .....
jadi sebagai rakyat malaysia aku harap sangat korang dapat  mendoakan yang terbaik supaya segala -galanya berjalan dengan lancar dan apa yang penting janganlah korang meletakkan spekulasi yang merapu ---rapu sebab..... ianya akan menggangu emosi dan perjalan kehidupan keluarga mereka ini  yang sentiasa mengharapkan keajaiban akan menanti mereka ..

Dan mereka sangat menghargai korang kalau korang dapat berdoa atas kesejahteraan dan keselamatan diri mereka yang terlibat .. kita hanya manusia biasa yang mampu merancang tetapi takdir ILLAHI lebih Maha Hebat dalam melaksanakannya ...  #berdoa lebih baik daripada menokok nambah cerita . Mungkin semua  ini mempunyai makna yang tersirat

 Ya Allah .. aku memohon dari mu berikanlah petunjuk keberadaan pesawat itu andai ianya berada di lautanmu bongkarkan lah ia ..andai ianya berada diatas naungan langitmu berikan isyarat pada hamba hamba mu ini dan andai kata ia berada di mana sahaja aku memohon pada mu Ya Rabbi supaya Kau berikanlah perlindungan dan  kesejahteraan kepada mereka .. Ya Allah Ya Rahman kau berikan lah jua ketenangan hati dan jiwa kepada ahli keluarga mangsa .. Amin  Ya Rabbal A`lamin.........





#solathajat
#prayforMH370
#pleaseComeBack
#HopeForTheMiracle

No comments:

Post a Comment