Saturday, March 29, 2014

"TAJAAN "

Tajaan ... kenapa Tajaan ? Ermm kali ni  aku nak share ngan  semua orang pasal tajaan .. sebab ni pengalaman pertama aku sebagai mahasiswi yang aku pun belum pernah buat sebelum  ni .. tapi semuanya dah berubah bila aku pikul tanggungjawab dalam mencari sebuah tajaan untuk sebuah rumah anak yatim n ibu tunggal ni ....

uishhh sapa kata senang nak cari tajaan ni .. susah  ok!! tapi semuanya jadi senang bila kita ikhlaskan hati untuk mereka semua.. tak semua manusia kat muka bumi ni suka bersedekah atau dengan erti kata lain suka beramal jariah ...

Meminta tajaan dari syarikat or orang besar terlalu banyak protokol dan karenah birokrasi dalam segala hal walaupun hakikatnya kami mengetahui segala proses yang dilakukan adalah normal tetapi bukankah tajaan @ sumbangan  adalah satu tapak untuk mereka maju kehadapan sebab ini kan merupakan tanggungjawab sosial mereka ....

berdiri meminta sumbangan ... that is my last choice ..........

kalau korang nak tahu hari pertama aku menjejakkan kaki aku di sebuah tempat (rahsia)  untuk minta sumbangan ikhlas .. Tuhan je yang tahu bertapa terbebannya hati ini untuk menadah muka meminta sumbangan .. sebab apa...sebab segelintir masyarakat hari ini hanya memandang serong dengan perbuatan kami .. ada yang menyatakan kami meminta sumbangan untuk keperluan diri kami , ada yang mengatakan kami tak patut untuk lakukan ni semua n ada pula yang sanggup mengadu pada pihak berkuasa yang kami buat kerja x elok ... Hellooo aku minta sumbangan ini  bukan untuk aku tapi untuk mereka .. ada korang tolong n satu lagi aku berdiri kat tengah panas tu pegang surat kelulusan rasmi ok .. so tak perlulah nak banyak mulut .. kalau kalian fikir kalian nak menyumbangan just tangan  je yang melakukannya bukan mulut or gelagat fizikal anda yang cute tu ok ...

tapi minggu demi minggu aku rasa relax n semangat sebab Tuhan lorongkan jalan .. kan aku buat kerja mulia .. nak tolong orang lain sebab tu lah Allah mudahkan jalan aku n kengkawan .. ermmm tak senang nak jadi senang ... tak susah nak jadi susah ....

Syukur Alhamdullilah target aku untuk buat program bersama mereka dah pun mencukupi so aku harap mereka ni seronok sebab selama ni mereka tak pernah merasakan apa yang kalian rasakan .. aku rasa mereka ini pantas mendapatkan sama dengan kalian .. mereka juga manusia yang sama ... Just tunggu masa je program ni akan berlangsung .. semoga apa yang kami lakukan dirahmati oleh ALLAH ..

opss sebelum aku menutup entri mlam ni aku nak nak kalian celik mata about this .. renung  - renungkan

13 Anugerah yang ALLAH berikan kepada Hambanya yang suka bersedekah ... :)
1-  Para Malaikat sentiasa berdoa supaya ditambahkan rezeki kepada pemberi sedekah.
2- Merupakan kemenangan ke atas syaitan.
3- Memadam kemurkaan Allah SWT.
4- Merupakan rawatan atau penyembuh kepada segala penyakit.
5- Mengawal kehormatan dan maruah.
6- Memperbaiki amalan anda sebelum mati.
7- Pelindung kepada api neraka.
8- Menempah tempat dibawah Bayangan Allah SWT.
9- Memberi keberkatan kepada pemilik harta.
10- Melembutkan hati yang keras.
11- Menyamankan kediaman dalam kubur dan memadam api dalam kubur.
12- Menghapuskan segala kesalahan  menghapuskan segala dosa.
13- Menolak bala dan melindungi pemberi sedekah serta ahli keluarga daripada ditimpa bala bencana.


#musabahdiri
#bukanyangterbaiktapiinginmenjadiyangterbaik
#memberilebihbaikdarimenerima
#semogahiduplebihindahdenganamaljariah 

No comments:

Post a Comment