Friday, April 4, 2014

RAGAM

Dah lama aku menantikan saat ni ... saat cuti sem ... saat aku nak melepaskan segala - galanya.. rasa rindu , rasa pelik , rasa penat , dan rasa. bla..... bla.. bla .. malas aku nak membebel kat sini ...

Entri kali aku nak berkongsi sedikit  pasal " manusia" dan " perangai "  ,, ermm tak bermakna kat sini aku nak puji diri aku tapi aku akan jadi nukilan ini sebagai sebuah refleksi untuk diri aku sendiri ... Hari ni aku cakap bersandarkan fakta dan pegalaman bukannya auta semata mata ... Pelik bin hairan sungguh aku dengan manusia ... kekadang tu saya geram pun ...

Sebagai insan biasa kat muka bumi ciptaan Allah aku rasa tak perlu untuk kita bermasam muka atas perkara remeh temeh dan aku rasa tak perlu membalas dengan  sifat yang penuh kekurang ajar tuh .. Hello awak semua kat luar sana tu ingat tau jangan berlagak sebab kita ni Khalifah sementara di dunia .. hanya bila bila masa je ALLAH boleh menjemput kita .. Please Remember this .. ok .

Sebagai manusia janganlah kita mengungkit apa yang telah kita lakukan aipatah lagi membalasnya terhadap seseorang tetapi biarlah perbuatan itu dilakukan dengan ikhlas supaya mendapat Redho Allah ... kekadang tanpa kita perasan kita telah pun melukai hati orang lain mungkin bukan dengan perkataan atau perbuatan tetapi dengan berdiam diri itu pun dah memadai untuk membuat orang lain terluka apatah lagi apabila orang yang kita sakiti hatinya ialah orang yang lebih tua dari umur kita ...

Usahlah perkara remeh temeh dijadikan sebesar lautan Hindi .. x jadi kudis pun kalu kita terus terang... x rugi sesen pown keluar air liur tuh pon....Ini tidak berdiam diri bagaikan patung cendana .. eahh tidak ohh pun tidak walaupun ditanya dan diajak sembang ... kalau anda berbuat begini pada orang tua anda pasti mereka terluka .. beginilah yg terjadi dalam situasi Insan A hanya kerana perlu memenuhi tuntutan kerja demi mencari sesuap nasi  dan terpaksa melupakan kenduri kecil  Insan B .. Bukan Insan A sengaja untuk tak hadir dan menyinggung  perasaan Insan B tetapi   keadaan yang tidak mengizinkan . Tapi Insan B ni  tidak pernah memahami keadaan Insan A sehingga tak ingin nak bertegur lagi .. Tapi kalu insan B  ni kenangkan semula apa yang dilakukan oleh Si A pasti yang tak terkira dek jari jemari ni ...  bukan untuk mengungkit tapi  apalah salahnyer memaafkan orang lain jangan lah samapai berdendam sehingga hari ini...

...Andai kalian mengetahui memaafkan orang lain adalah satu perkara yang mulia malah menyucikan hati pasti anda akan lakukan .. janganlah jadikan diri sebagai manusia yang berdendam sebab ianya akan membusukkan dan menggelapkan nuraini kita .. fikirkan lah kawan kawan ...

No comments:

Post a Comment