Tuesday, February 18, 2014

"Dia Roomate ku "

Di sebuah menara Gading inilah tercipta sebuah persahabatan dua  anak muda kampung ini yang mengejar matlamat yang satu demi cita -cita dan impian mereka . 1 september 2013 tanggal yang cukup indah bagi kami yang bergelar sahabat ...ye lah kan pertemuan yang tidak dijangkakan mengundang seribu satu pertalian antara kami berdua.....walaupun masih baru tapi ikatan jiwa macam dah lama kenal si dia nie.....Dia nilah "Roomate" aku

Seorang anak muda  yang kelihatan keletihan dengan tangan penuh beg pakaian menegurku "Hai nama saya lini asal kelantan" !! ayat pertama yang keluar dari mulut Si Dia  ..wow tergamam aku sekejap (dalam hati aku berkata " peramah jugak dia ni erk " .. tersenyum sinis sambil membalas nama saya syira asal perak .... hahaha malu tak bertempat pulak  aku ...kami mula menjadi serasi dan aku mula menyenangi kehadiran diri si dia dalam hidup aku ermmm mungkin kerana jiwa dan tingkah laku kami sama ...walaupun hakikatnya hati aku rapuh macam biskut berbanding hati Dia yang keras macam kayu balak ...maafkan saya

Hidup kami yang penuh dengan bebanan tugasan pelajaran tapi kami tak pernah merasainya dek kerana angan -angan kami yang nun menggunung tinggi melenyapkan segala kekusutan ... mana tak yerr....kami mengelamun sampai tak ingat dunia ... macam -macam membebel ......rumah banglo laa..... ferarri laa..... tanah la.... khidmat sosial la... nak bina teratak la ... aishhhh tak mustahil ni semua akan menjadi realiti jika aku dan dia bekerja keras untuk mencapai Dean List ......
 
Tak pernah aku merasakan kesangsian dalam persahabatan yang baru aku jalinkan selama satu semester dek kerana keikhlasan dan kejujurannya dalam sebuah perhubungan persahabatan .....  Nak cari kawan ni ramai sangat tapi nak cari sorang sahabat ni sangat susah sebab hanya sahabat yang tulus sahaja akan berada disamping kita bila senang dah susah ....Betuk tak .. Roomate akulah semangat aku saat aku rasa down sangat sangat ... dan hidup kami sentiasa saling melengkapi antara satu sama lain .. hidup macam semut semut yang suka menolong.. hehehe semutlah sangat ...

mengenalinya bukan satu kerugian bagiku ...bahkan satu kelebihan yang bermakna bagi diri ini yang sentiasa perlukan pertolongan dari ... thanks sahabat....



No comments:

Post a Comment